Click Click

Nuff Nuff

27.6.16

14 tahun bukan penghalang

hello peepos,

see .......... aku dah agak dah .... so betullah kan cerita tu ........... dasar artis malaysia betul!


hah! hari ni kluar pengakuan sebenar , KLIK SINI ....

suka je you ollsss buat orang berteka teki ....

hari tu cakap "dia bukan golongan artis"

hari tu cakap lagi "dia orang biasa biasa"

hari tu cakap cakap "seorang bisnesman" .... errrrr, ada ka cakap mcm tu?

hari ni kluar cerita? ...... 14 tahun bukan penghalang .... sungguh lah ! 14 tahun ok ....


real confession has been made!

good luck to both of you T_T

Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia.
Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.

26.6.16

Tahniah TMJ

hello peeopos,


berita gembira untuk TMJ dan seluruh istana T_T apabila Che Puan Khaleeda selamat melahirkan anak pertama pada 25 Jun 2016 ....

wah meriah lah raya TMJ dan isteri dengan kehadiran cahaya mata perempuan pertama baginda T_T .... semoga ibu dan si puteri kecil berada dalam keadaan yang sihat sejahtera :) ....

wish you all the happiness, Your Highness T_T

21.6.16

Halal ke tak Restoran Gosami Ikan Bakar ni? sempoi ja budak budak Malaysia ni lepak makan kat sini walaupun terhidang daging B*B* ....

hi peepos,

baru ada masa nak melepak browsing browsing what the hot news di internet .... terbaca lah satu entry ni pasal orang Malaysia datang Korea, then melepak buka puasa di Restoran Gosami Ikan Bakar .... hohoho ..... ni pun jadi viral juga lah kan ...

cenggini la cerita nya .... ada this one girl, Bella Azemi (girl la kot, coz namanya Bella), dia bagitau lah kan restoran Gosami ni yang kononnya PORT wajib singgah kalau datang ke Korea jual ikan bakar tu, ada menyediakan hidangan BABI, and Bella ni sendiri datang ke restoran tu untuk check eh eh, betul ka restoran ni jual ikan bakar sahaja / seafood or jual BABI juga T_T

KLIK SINI , baca entry yang ditulis oleh BELLA AZEMI

sedikit penerangan dari si BELLA, ms.Saranghae kongsikan di sini

Aku dah dpt jawapan utk isu status Restoran Gosami Ikan Bakar Sinchon yg korg duk kata sedap, lazat dan Halal (not serve pork). Utk pengetahuan semua Restoran Gosami Ikan Bakar ni memg ada SERVE PORK atau dlm bahasa kasarnya “hidangan Babi”. Aku sendri terkejut bila tgk hidangan tu sampai depan mata. Yg paling aku kesian dan sedih time tu ada satu kumpulan org malaysia yg dtg berbuka puasa kat situ.
Niat aku kat sini bukanlah nak menjahanamkan atau nk rosakkan business org. Tujuan aku share dan dedahkan hal ni adalah utk selamatkan org Muslim. Tak nak ada yg terpedaya dan tertipu lagi dgn info2 dari blog atau FB yg tak betul. Haram bagi org Islam utk makan direstoran yg ada sediakan hidangan babi. Dorg gunakan dapur dan alatan yg sama utk masak babi tu so korg bayangkanlah sndri.
Aku harap dgn info ni tak ade lagi Org Muslim yg dperbodohkan oleh owner restoran tu. Owner bila tgk org Malaysia atau muslim dtg memg dia akan cakap x de pork, seafood only. Korg kena paham dia buat business mesti nak untungkan dan dia x akan rasa besalah pun sebab tu strategi business dia dan dia bukan Muslim. Ape nak kesah sgt.
Sebagai bukti kat sini aku sertakan sekali dgn gambar yg aku ambil kat Gosami. Bagi yg nak share silakan. Salam Ramadhan.

then time dia datang tu, sekumpulan anak muda Malaysia sedang berbuka PUASA (sila maklum, kalau yang berbuka puasa tu, sudah tentulah beragama ISLAM yer) .... so BELLA ni siap ambil gambar bebudak ni makan , then dah jadi viral kan, so bebudak ni reply lah balik post yang dibuat oleh si BELLA tu ... eh, kedai yang hidang daging babi , boleh pula bebudak ni masuk pigi makan kan? makan BABI eh?

KLIK SINI, baca entry yang ditulis oleh AMIRUSSALAM ASWADI, salah seorang bebudak yang makan kat kedai Gosami tu ....


ni la gambar bebudak makan kat restoran Gosami tu, siap selfie nak kongsi kat umum ...so, ms.Sarangahe pun minta izin yer kongsi gambar korang ... since korang dah buat pencerahan, so ms.Saranghae pun kongsi la juga pencerahan yang korang buat untuk tatapan dan bacaan pada public yer adik adik yang bijaksana T_T

Gambar kedua aku sertakan gambar selfie kami sendiri dengan makanan-makanan yang telah kami order. Tapi kalau perasan di side yang ditangkap oleh saudari Bella serta rakan-rakannya belum tiba disini. Almaklum la kalau dia tiba awai sikit mesti dia sempat menghalang kami dari makan hidangan disini kan. *ewah-ewah mufti la katakan (orang kedah cakap dia ja taw semua org tak taw pa) Haha.
Haritu main menu kami hanyalah Ikan bakar dan sotong masak merah sahaja. Boleh diperhati betul-betul di gambar.
Disini aku sertakan statement yang aku rasa dah banyak kali kami students oversea khusus di Korea copy paste.
Untuk pencerahan kepada semua yang salah faham terhadap pelajar Malaysia Korea ni:
Ketika mendapat makanan yang zahirnya adalah halal, sebenarnya kita tidak digalakkan untuk bertanya mengenai detailnya. Contohnya makan ikan bakar di sebuah restoran di Korea. Kita tak payah tanya mengenai cara membakarnya, bakar sekali dengan khinzir ke, dan sebagainya. Sememangnya hukum ikan adalah halal, dan ikan dari segala bentuknya adalah halal. Keraguan mengenai cara memasak tidak menggugurkan hukum halalnya. Sampai ada fakta yang sohih, seperti melihat dengan kepala sendiri, atau diberitahu oleh manusia yang kita memang percayai kejujurannya. Sesungguhnya ikan adalah halal merupakan dalil yang sohih. Sedangkan keraguan cara memasak adalah zonni(sangka). Justeru sangka tidak boleh menggugurkan hukum halalnya. Adabnya, kita cukup bertanya ala kadar, apakah menu ini mengandungi daging yang haram atau tidak.
Kalau kita tak amalkan kaedah-kaedah ini, kita akan jatuh pada syak wasangka yang melampau, sehingga mengekang kehidupan seharian. Banyak benda akan menjadi keraguan kita. Contohnya untuk roti pizza. Sebahagian roti pizza menggunakan shirtening dan emulsifier. Kita pula tidak tahu restoran atau kedai itu memakai shortening dan emulsifier jenis apa. Belum lagi keju sebagai bahan toppingnya. Setiap produk keju, hampir semua memakai emulsifier yang tidak ketahui asal usulnya.
Contoh lain pula adalah spaghetti. Bahan spaghetti walaupun diperbuat dari ikan, untuk menghasilkan spaghetti yang baik, maka emulsifier atau margerin atau shortening perlu digunakan. Belum lagi dengan masak spaghetti tu sekali atau tidak dengan daging atau aisin.
Makanan lain, tenpura contohnya. Nak hasilkan tenpura yang elok, perlu memakai emulsifier. Sehingga produk-produk tepung tenpura itu pun mempunyai bahan dari emulsifier.
Kes yang sama juga untuk odeng. Semua ini, kalau kita hendak tanya satu persatu, yang muncul hanyalah kesulitan, kesulitan dan seterusnya kesulitan.
Jadi kalau kita terlalu fokus dan ragu-ragu terhadap sesuatu, dan berlebihan pula bertanya mengenai detail makanan, maka kita akan menghadapi banyak kesulitan. Apatah lagi kalau kita beritahu oranng lain, membuatkan orang lain pula jatuh dalam keraguan. Lain lah jika kita mempunyai bukti yang kukuh mengenai keharaman benda itu. Jika benar kita punya bukti kukuh, maka memberitahu orang lain adalah menjadi wajib.
Jadi sikap yang perlu kita pegang dalam hal ini adalah bersederhana untuk hal-hal detail dengan berdasarkan kaedah-kaedah di atas. Dengan mengikut kaedah-kaedah yang telah digariskan, anda akan mendapat keluasan terutama ketika berinteraksi dengan muslim-muslim yang lain. Apatah lagi bila berinteraksi dengan orang yang tidak mempunyai ilmu agama langsung.
Tetapi adalah amat dilarang untuk memakai teknik yakin melulu. Biasanya orang akan kata begini,
“Alah, yakin je”
Itu sama sekali tidak benar. Berhati-hati adalah yang diketengahkan, tanya tetap menjadi keperluan. Cuma terlalu berhati-hati yang tidak digalakkan. Janganlah kita masuk kedai bukan ISLAM, kita order ramen, kemudian nampak daging, lepas tu kita kata,
“Ah, yakin je” Tanpa kita tanya itu daging apa.
Sebagaimana yang saya katakan, halal dan haram bukan perkara enteng yang boleh kita pandang dengan tutup sebelah mata sahaja.
*kita bila travel cuba sedaya mungkin tengok kebesaran Allah dan ambil ibrah perjalanan kita sebanyak mungkin. Bukan hanya postkan gambar nak tunjuk kita megah mampu berjalan keliling dunia tapi pengisiannya “kosong”.
Selamat beramal. Maaf salah silap. Jika tersalah boleh pm kita berbincang dengan cara lebih baik.

yang dibulat merah tu adalah daging babi yang diupload oleh Bella
Bella ni dtg kat restoran ni siap bawa geng geng korea dia, 
Bella ni undercover , so geng geng korea dia order daging Babi untuk sahihkan yang restoran Gosami ni
memang menjual daging Babi selain ikan bakar / seafood

ok lah .... bebudak Malaysia ni maybe nak buat statement mudah la yer ... mcm ni kot bunyinya

"why so fussy about daging babi? kami order ikan bakar dan sotong masak merah ja pun, yang daging babi tu kami tak order, so kami memang tak makan daging babi" .... maybe nak tambah ayat sedap sikit, bebudak ni sempoi jer cakap "chillex la, Kak Bella .... ni pun nak kecoh kecoh" .....

muehehe, tersenyum ms.Saranghae bila empunya gambar buat statement yang dorang just makan ikan dan sotong bakar jer .... since ikan and sotong tu dasarnya adalah HALAL, so jangan tanya lebih lebih, jangan was was coz sumbernya tetap HALAL! eh gitu pula yer dik .... ms.Saranghae ni pun cetek juga pengetahuan agama, tapi bab bab makan ni adik adik sekalian, silalah ambil perhatian ...

dah sah sah kedai tu ada daging BABI, boleh pula korang cakap ikan tetap ikan dan sotong tetap sotong , dimasak mcm mana pun tetap HALAL or jangan ditanya bagaimana dorang masak coz nnt once korang tahu mcm mana dorang masak, korang dah tak dapat nak melantak kat Gosami tu kan ;((( ouch!

senang la yer nak cakap, mana mana restoran yang menghidangkan daging BABI, walhal restoran tu ada juga menghidangkan makanan lain (yang dalam fikiran korang makanan tu HALAL e.g ikan, ketam, sotong), tetap syak wasangka itu ada , keraguan dan was was secara sendirinya tetap ada , melainkan ketika adik adik sekalian masuk ke restoran tu, korang semua memang TAK TAHU LANGSUNG yang restoran tu ada MENGHIDANGKAN DAGING BABI then korang sempoi je masuk, order makanan then makan, tu lain kes yer T_T

tapi kalau korang memang pada zahirnya tahu yang Gosami tu ada menghidangkan daging babi, tapi korang masuk juga then melantak makan kat sana, sila lah muhasabah diri ... Huznuzon lah sangat korang ni ! boleh pakai ke huznuzon dalam kes ni?

kalau korang ni bukan muslim, tiada siapa nak kesah korang nak masuk kedai mana, dan makan apapun kerana agama lain tidak melarang penganutnya makan babi (maybe ada juga agama atau kepercayaan lain selain Islam yang melarang penganutnya makan babi kot, di luar pengetahuan saya) , tapi adik adik ni semua beragama Islam, so sama sama kita perbaiki diri ... nevermind, yang sudah ni, sudah ler yer ... lepas ni kalau nak masuk mana mana restoran di negara luar, nowadays kan banyak ja info kita boleh dapat tentang restoran halal, so nextime check it out dulu kesahihan restoran tu halal ke tak ....

salam ramadhan semua T_T , jangan gaduh gaduh, raya nak dekat T_T